catatan rose ayamor

Thursday, June 22, 2006

hari ke-6

Assalamualaikum

Menjalani hari keenam MISI semakin banyak ilmu yang dipelajari. Hmm hari ini belajar shariah bersama Dr Shamsuri Shariff. Berasal daripada jurusan sains, bile bercakap mengenai syariah ni terasa macam nak buat degreelah pulak. He he ..... Apa yang disampaikan oleh Ustaz mmg menarik kerana selama ini hanya bisa mendengar perkataan shariah ttp tidak pernah mengambil atau tidak berkesempatan mengambil berat mengenai salah satu cabang dalam Islam. Semakin di dalami dan dfahami makin terasa betapa besarnya kasih Allah terhadap hambanya, semakin terharu insan ini. Segala yang Allah ciptakan serta sediakan untuk hambanya adalah yang terbaik dan paling mematuhi keperluan fitrah manusia. Subhanallah .... Walhamdulillah.... Wala ilahaillallah.

Pengisian hari ini dilakukan secara perkongsian serta soal jawap membolehkan mata ini dikekalkan segar merentasi pagi hingga petang

Menyoroti serba sedikit mengenai shariah yang diturunkan oleh Allah khas untuk ciptaan terbaiknya iaitu makhluk yang bernama manusia melalui kalimah-kalimahNya yang diturunkan kepada Rasulullah menampakkan bagaimana cantiknya tarbiyah Allah bagi membolehkan manusia menggunakan akal kurniaanya untuk keputusan penetapan hukum... di dalam Al-Quran hanya terdapat kira-kira 500 ayat yang menceritakan ttg komponen-komponen kehidupan manusia. Ayat yang diturunkan dalam bentuk prinsip yang tidak menetapkan masa, zaman serta tempat supaya sentiasa relevan merentasi zaman.

bismillah...

Bismillahhirrahmahnirahim
Alhamdulillah setelah menjalani cuti orang habis belajar yang agak membosankan akhirnya tiba masa untuk melangkah ke MISI 06’ berdebar jugak.

Diri ini selalu ingin bergiat secara aktif dalam dakwah dan islah agar tiada ruang kosong dibiarkan bagi perkara lagha kadang-kala rasanya tiada ruang dan peluang. Gembira sangat kalau terlibat dalam event management yang mengajar banyak erti kesungguhan dan kesabaran.

Melalui hari pertama MISI Alhamdulillah telah diberi mandat sebagai ketua rumah untuk minggu pertama